Ketika aku meneruskan langkah lemah ini,
Aku ingin sahaja menamatkannya,
Ingin sahaja aku lepas dan melupakan segala,
Terasa pedih nekad mematikan degupan ini.
Tatkala aku mula kenal putus asa,
Bilamana aku ingin sahaja berhenti berharap,
Dia bertandang tanpa diundang,
Hati diusik digamit rasa.
Waktu berganti hari,
Hari berganti minggu,
Minggu berganti bulan,
Dia terus berjaya mencengkam hati ini.
Dia membuat aku lupa akan segala,
Segala pedih yang beraja dihati,
Pedih umpama racun yang perlahan mematikan,
Aku kembali gagah telusuri perjalanan ini.
Cahaya harapan menyinari setiap ruang hidupku,
Aku kembali bangkit tuk meneruskan hati yang sisa ini,
Dia buat aku terpaku hilang seribu satu sakit dihati,
Tanpa menghirau beban yang pernah dilalu.
Bila sahaja kujauh darinya,
Rindu mencengkam umpama tiada penawarnya
Penawar itu jauh di sana,
Kuberlari mendapatkannya kerana takut kehilangannya.
Bulan-bulan yang dilalui,
disulam suka dan duka,
Namun hati ini tabah kerana percaya,
Walau suram perlahan menguasai sirna.
Tiba saatnya sekali lagi aku terdampar hampa,
Hari bahagiaku diragut dirampas hina,
Buat aku terpinga melolong sengsara,
Hingga aku tidak mampu bersuara.
Aku kembali sebatang kara,
Musnah segala harapan yang dibina,
Tangisan terus menerus mengusik jiwa,
Rayuan tak diendah derita kembali beraja.
Aku mendongak kelangit,
Membawa segala doa kesyukuranku,
Bersyukur kerana aku pulih kembali,
Terlalu cepat payah untuk dimengerti.
Terima kasih Tuhan,
Hanya Kau peneman yang faham,
Faham apa yang sudah aku jalani,
Tanpa kompromi Engkau disampingku.
Aku kembali mendapat kekuatan,
Kekuatan yang hanya boleh kudapat dariNya ,
Aku doakan agar apa yang si dia lalui saat ini,
Dia akan senantiasa bahagia, dilindungi dan diberkati.
Aku hanya mahu dia tahu,
Walau apapun yang pernah dilakar lalui bersama,
Akan kupeluk simpan erat,
Disatu ruang dalam hati ini,
Tersangat istimewa.
Tiada rasa dendam atau marah,
Segala yang salah dimaaf,
Kerana aku belajar untuk pasrah,
Menerima erti sebuah kehidupan,
Kehidupan yang entah cahaya entah suram dipenghujungnya.
Author,
Jeff