RENUNGKANLAH
Bila kita renung dan terjah kehidupan yang telah sudah, adakalanya kita merasa bodoh atau diperbodohkan. Ada pula kita merasa hina dan diperkecilkan. Tapi cuba kita selongkar baik-baik dan sedalam-dalamnya. Cari apa pengajaran yang kita perolehi melalui peristiwa-peristiwa yang melanda diri kita.
Dari situlah maka kita sedari, bahawa apapun yang kita lalui dulu, ia sama sekali akan merubah persepsi kita. Sebenarnya kita tidak bodoh malah tidak sama sekali diperbodohkan. Kita tidak sama sekali dihina atau diperkecilkan. Segala sesuatu yang terjadi dalam diri kita adalah bermanfaat untuk mengajar kita. Mengajar kita dari pelbagai segi dan sudut. Mengajar kita untuk berfikir dengan lebih baik dan matang serta waras. Mengajar kita untuk lebih berserah dan pasrah pada Tuhan. Mengajar kita untuk tabah dan senantiasa positif walaupun kekadang hal-hal yang berlaku boleh mematikan kita saat itu juga. Dari perisitiwa-peristiwa itu, kita juga tahu akan kemampuan kita dan harus diingat bahawa tiada satu pun ujian yang melebihi kemampuan kita.
Kita punya kekuatan dalaman yang cukup luar biasa. Hanya dengan melalui peristiwa-peristiwa itu, maka satu persatu kekuatan luar biasa itu akan timbul dan cukup membuatkan kita teruja, terkejut kerana tidak menyangka that "you have it in you all the while". All you need is to explore and expose. Jangan sekali-kali berfikir negatif bila menghadapi gelora hidup. Renungkannnya, cari kebaikkan melalui peristiwa itu, bangun kembali dan mulakan semula. Ya, memang penat untuk bermula semula, tapi that is the best thing to do friends. Daripada duduk melolong dan meratapi hal-hal yang telah sudah, better pack your things and set a new day and a new life. Walaupun payah tapi harus diingat bahawa segala sesuatu yang berlaku dalam kehidupan kita ada hikmah disebaliknya. Sama ada kita berani untuk mulakan semula, sama ada kita cukup kuat untuk bangkit dari kesedihan dan kepayahan lalu, itulah persoalannya.
Jika anda dibebani dengan hal-hal yang tak sudah, think again!! Why should you have to be in that situation. You can defeat it and you can win. Tidak perlu lari dari kenyataan tapi berusaha memulihkan keadaan dan ubah mind set. Kata orang, its all in the mind. Kalau minda negatif, maka segala sesuatu pun negatif. Rubah itu menjadi positif, nescaya segala sesuatu pasti akan bertukar positif. Bila anda sudah berjaya merubah dan melaluinya, pasti terdetik dalam hati kita "kenapalah aku perlu biarkan diri meratapi yang telah pergi?, kenapalah aku merugikan waktu memikirkan hal-hal yang telah sudah?, kenapalah aku perlu menyakiti diriku sendiri?" dan pelbagai lagi persoalan yang mungkin masa itu baru anda sendiri sedar bahawa anda membuat diri anda bodoh dengan memperbodohkan diri sendiri, menghina diri sendiri padahal anda ada kemampuan luar biasa yang belum anda terokai. Anda sendiri yang memperkecilkan diri dan memandang rendah keadaan anda.
Tidak perlu meminta simpati, atau melolong tak tentu pasal. Belajar untuk bangkit kembali, cari rakan-rakan yang anda boleh kongsi dan luah, Bangkitkan semangat dalaman anda, mulakan semula, mulakan yang baru dan senantiasa berdoa agar DIA akan terus menyertai perjalanan anda. Kembali pada DIA kerana hanya melalui DIA kita mendapat kelegaan.
Ingat!! tiap kita punya kekuatan dalaman yang luar biasa. Mungkin saat ini kita belum temui lagi. Tapi, renungkanlah keadaan diri anda, siapa diri anda, apa yang anda boleh lakukan. Jangan buang waktu dengan berfikir dan terus berfikir hal-hal yang telah lalu. Bukannya anda mampu merubah keadaan lalu pun. Menenatkan diri adalah. Jadi, jangan rugikan diri sendiri OK??. Yang lalu biarkan berlalu, kerana apa yang di hadapan itu harus diutamakan. Peristiwa dan kegagalan lalu cukuplah untuk masa lalu. Belajar dari kesilapan (tidak kisah siapa silap) dan mulakan yang baru, buka lembaran baru, langkah dengan lebih gah lagi. Tanamkan dalam diri bahawa "aku bukan manusia yang tewas" "aku adalah manusia berharga melebihi emas dan permata".
Kita cuma manusia dan sebagai manusia tidak akan pernah sempurna. Jadi, janganlah pandai-pandai mahu menjadi sempurna kerana itu tidak akan mampu terjangkau. Cukuplah dengan kehidupan biasa-biasa dan melalui kehidupan itu dengan tenang dan pasrah akan segala ketentuanNYA. Jangan merumitkan diri sendiri tapi belajarlah bersederhana dalam segala segi (especially time-time minyak naik,,hahaha).
Ok lah, cukuplah coretan beta (haha) pada pagi ini. Sesiapa yang membaca dan mahu bagi komen membina, dipersilakan ya. All the best to you guys out there. God bless you…
Author,
Jeff
July 26th, 2008 at 1:41 pm
Manusia seringkali bermain dengan perasaan dan kejujuran untuk menilai sesuatu seringkali di abaikan..is`it related with u posting wakakkak