HIDUP

Malam ini, diri terasa hendak terus menulis dan meleraikan apa yang terbuku dihati. Aku tidak juga berasa gusar dan tidak juga merasa bimbang. Aku cuma ingin menulis dan menulis agar hati terasa lapang.

Kita manusia sering kali dilanda perkara-perkara yang kita tidak ingini. Jika diberi pilihan, hendak sahaja kita merasa yang indah-indah dan takut sangat berhadapan dengan pancaroba dan cabaran hidup. Pendek kita we want everything to be perfect and smooth according to our plan. But sememangnya manusia seumpama itu tidak matang. Nasihatku, berpijaklah pada bumi nyata kerana kita manusia hanya mampu merancang tetapi pencipta kita menentukan segala sesuatu.

Segigih manapun usaha kita, serumit manapun jalan yang kita lalui untuk mencapai apa yang terhajat dihati, namun jika DIA tidak mengizinkannya, maka kita harus pasrah dan sedar bahawa DIA lebih berkuasa. Kita hanya mampu meminta, kita hanya mampu merancang, tetapi segala sesuatu ditentukanNYA.

Sememangnya penat untuk menjadi manusia kerana dugaan dan perjalanan hidup kita tidak pernah terus menerus indah dan seperti yang diharapkan. Kita sebagai manusia penat untuk memberi 1001 alasan pada perkara yang kita cuba elakkan. Penat untuk berhadapan pada situasi yang merunsingkan hati dan fikiran, penat untuk struggle menjadi yang terbaik berbanding orang lain. Pendek kata, segala sesuatu mengenai hidup ini, amatlah memenatkan.

But hey people, dapatkah kita pelajari apa itu kehidupan sebenar tanpa cabaran hidup? dapatkah kita rasakan apa erti derita dan sengsara? Wujudkah perkataan derita dan sengsara jika benda-benda itu tidak terjadi ke atas manusia? Mampukah kita sebagai manusia mengetahui tahap kita di dalam menangani permasalahan hidup?

Kita tidak sedari sebenarnya, di dalam apapun perkara yang kita lakukan dan terjadi pada diri kita, kita sebenarnya diajar untuk lebih tabah, lebih berpendirian, lebih fokus, lebih tenang menghadapi situasi tertentu agar bila kita dewasa (yang sebenar-benarnya dewasa) kelak, kita mampu menghargai kehidupan dan kongsikan erti kehidupan itu pada orang yang dikasihi.

Dengan adanya cabaran hidup, kita akan lebih matang dan berhati-hati. Kita akan lebih tabah menghadapi apapun jua perkara. Kita akan menjadi manusia yang lebih berjaya daripada mereka yang dari semula hidup senang dan tidak kenal apa itu penat lelah dan susah payah.

Diakui bahawa diri banyak sekali dilanda musibah dan permasalahan. Jika diceritakan di sini, mungkin tahun depan baru habis. Tapi cukuplah untuk aku katakan di sini bahawa segala masalah yang aku lalui telah banyak mengajar aku erti kehidupan. Aku tidak merasa rugi mengalami segala sesuatu itu kerana aku tahu bahawa ia bermanfaat untuk mengajar aku dan menbentuk diri ini agar lebih kuat dan tabah.

Aku bersyukur kerana DIA selalu ada disaat aku tersungkur dan tidak mampu berdiri. DIA telah memampukan aku di dalam banyak perkara. Penyerahan hidup ini kepadaNYA buat diri merasa tenang, damai dan gembira. Bila diri ini melihat kembali lipatan hidup yang telah lalu, aku cuma mampu tersenyum dan berkata "wah, tidak sangka aku mampu harungi semuanya dan saat ini aku masih berdiri di sini merasakan segala kebaikkan dan kemurahan kasihNYA".

Bagi yang membaca blog ini, ingatlah bahawa akan segala sesuatu, kembalilah pada pencipta kita. Serahkan seluruh kehidupan kita kepadaNYA. Biar DIA bekerja di dalam kita dan tenanglah mengikuti haluanNYA. Biarlah DIA menjadi nakhoda dan kita pula menjadi anak-anak kapalNYA.

Author,

Jeff

Leave a Reply