Archive for June, 2008

HIDUP

Sunday, June 22nd, 2008

Malam ini, diri terasa hendak terus menulis dan meleraikan apa yang terbuku dihati. Aku tidak juga berasa gusar dan tidak juga merasa bimbang. Aku cuma ingin menulis dan menulis agar hati terasa lapang.

Kita manusia sering kali dilanda perkara-perkara yang kita tidak ingini. Jika diberi pilihan, hendak sahaja kita merasa yang indah-indah dan takut sangat berhadapan dengan pancaroba dan cabaran hidup. Pendek kita we want everything to be perfect and smooth according to our plan. But sememangnya manusia seumpama itu tidak matang. Nasihatku, berpijaklah pada bumi nyata kerana kita manusia hanya mampu merancang tetapi pencipta kita menentukan segala sesuatu.

Segigih manapun usaha kita, serumit manapun jalan yang kita lalui untuk mencapai apa yang terhajat dihati, namun jika DIA tidak mengizinkannya, maka kita harus pasrah dan sedar bahawa DIA lebih berkuasa. Kita hanya mampu meminta, kita hanya mampu merancang, tetapi segala sesuatu ditentukanNYA.

Sememangnya penat untuk menjadi manusia kerana dugaan dan perjalanan hidup kita tidak pernah terus menerus indah dan seperti yang diharapkan. Kita sebagai manusia penat untuk memberi 1001 alasan pada perkara yang kita cuba elakkan. Penat untuk berhadapan pada situasi yang merunsingkan hati dan fikiran, penat untuk struggle menjadi yang terbaik berbanding orang lain. Pendek kata, segala sesuatu mengenai hidup ini, amatlah memenatkan.

But hey people, dapatkah kita pelajari apa itu kehidupan sebenar tanpa cabaran hidup? dapatkah kita rasakan apa erti derita dan sengsara? Wujudkah perkataan derita dan sengsara jika benda-benda itu tidak terjadi ke atas manusia? Mampukah kita sebagai manusia mengetahui tahap kita di dalam menangani permasalahan hidup?

Kita tidak sedari sebenarnya, di dalam apapun perkara yang kita lakukan dan terjadi pada diri kita, kita sebenarnya diajar untuk lebih tabah, lebih berpendirian, lebih fokus, lebih tenang menghadapi situasi tertentu agar bila kita dewasa (yang sebenar-benarnya dewasa) kelak, kita mampu menghargai kehidupan dan kongsikan erti kehidupan itu pada orang yang dikasihi.

Dengan adanya cabaran hidup, kita akan lebih matang dan berhati-hati. Kita akan lebih tabah menghadapi apapun jua perkara. Kita akan menjadi manusia yang lebih berjaya daripada mereka yang dari semula hidup senang dan tidak kenal apa itu penat lelah dan susah payah.

Diakui bahawa diri banyak sekali dilanda musibah dan permasalahan. Jika diceritakan di sini, mungkin tahun depan baru habis. Tapi cukuplah untuk aku katakan di sini bahawa segala masalah yang aku lalui telah banyak mengajar aku erti kehidupan. Aku tidak merasa rugi mengalami segala sesuatu itu kerana aku tahu bahawa ia bermanfaat untuk mengajar aku dan menbentuk diri ini agar lebih kuat dan tabah.

Aku bersyukur kerana DIA selalu ada disaat aku tersungkur dan tidak mampu berdiri. DIA telah memampukan aku di dalam banyak perkara. Penyerahan hidup ini kepadaNYA buat diri merasa tenang, damai dan gembira. Bila diri ini melihat kembali lipatan hidup yang telah lalu, aku cuma mampu tersenyum dan berkata "wah, tidak sangka aku mampu harungi semuanya dan saat ini aku masih berdiri di sini merasakan segala kebaikkan dan kemurahan kasihNYA".

Bagi yang membaca blog ini, ingatlah bahawa akan segala sesuatu, kembalilah pada pencipta kita. Serahkan seluruh kehidupan kita kepadaNYA. Biar DIA bekerja di dalam kita dan tenanglah mengikuti haluanNYA. Biarlah DIA menjadi nakhoda dan kita pula menjadi anak-anak kapalNYA.

Author,

Jeff

Laguku untukMu

Sunday, June 22nd, 2008

Ditengah kegelapan dunia

Ku tak tahu ke mana harus kutuju

Kau datang membawa sinar bahagia

Agar aku tidak hilang arah tujuanku

———————————————-

Dalamku mencuba

Tuk memulihkan semua

Pelbagai perkara buruk datang mencuba

Tetapi Engkau datang tuk menggagalkan semua

———————————————————-

Ajaib dan agung perbuatanMu

Hingga aku tersungkur melihat kemuliaanMu

Tiada satu kata yang mampu kutitipkan padaMu

Kerana tiap-tiap kata itu milik kepunyaanMu

———————————————————–

Aku hanya mampu mengalunkan pujian bagiMu

Pujian syukur dan terima kasihku

Di atas segala perbuatan besarMu

Tidak pernah jemu menuntun hidupku

———————————————————-

Lagu ini terbit dari hati nuraniku

Betapa aku sungguh-sungguh menyayangiMu

Kuberdoa agar dunia tidak mampu menjauhkanku

Tidak menjauhkan aku dari kasih setiaMu

————————————————————-

Aku ingin Engkau selalu dekatku

Kerana aku akan lemah hidup tanpaMu

Aku ingin Kau terus melindungiku

Kerana aku jadi takut tanpa kehadiranMu

———————————————————

Author,

Jeff

DIA SELALU ADA

Friday, June 20th, 2008

2.55pm…wow….tidak lama lagi berakhirnya kerja untuk hari ini. Diakui sememangnya mengantuk menguasai diri sepanjang hari ini…hehehe…

Saya berasa amat tenang dalam tempoh seminggu yang telah sudah. Diri tidak mampu untuk menerangkan apa sebabnya. Namun, diri yakin percaya semua adalah kerana DIA. Adakala saya mampu tersenyum sendiri. Tersenyum kerana DIA begitu baik dan tidak pernah meninggalkan saya walaupun sesaat.

Walaupun saya banyak melakukan perkara yang mengecewakanNYA, namun kerana belas kasihanNYA maka diri senantiasa diampuni olehNYA. Saya terhutang budi besar di atas segala sesuatu yang dilakukanNYA. Saya tidak mampu membayangkan hidup tanpaNYA di sisi kerana selama ini saya suda terbiasa untuk bergantung hidup dan bersandar padaNYA. Diri tidak mampu menidakkan kebaikkanNYA, keikhlasanNYA, kelembutanNYA, keperkasaanNYA, apatah lagi kemurahanNYA.

Segala sesuatu yang tubuh ini pernah alami, dilalui dengan kekuatan yang datang dari DIA. Betapa rapuhnya saya tanpa dokonganNYA. Jika DIA lari dari hidup ini, akan porak porandalah hidup ini, akan pincanglah perjalanan ini, akan sia-sialah usaha hidup dimuka bumi ini dan punahlah segala sesuatu yang terhajat dihati ini.

Saya teramat bersyukur bahawa diri ini sempat mengenaliNYA sebelum diri kehilangan nyawa. Beberapa lapisan kehidupan sudah pernah ditempuhi dan onak duri sudah pernah ditelusuri. Suka, duka, gembira dan sedih silih berganti terpaksa direnangi. Tapi bukan diri yang menggagahi tapi DIA yang selalu menemani hingga segala dapat diakhiri.

Kata-kata tidak mampu mengekspresi keagunganNYA, jauh sekali untuk menjadi sepertiNYA. Diri hanya mampu menjadi idola dan penyembahNYA, diri hanya mampu untuk berjanji setia kepadaNYA, tapi tidak akan mampu menjadi sempurna sepertiNYA kerana diri ini cuma manusia yang diciptakanNYA.

Author,

Jeff

Sekadar peringatan

Tuesday, June 17th, 2008

Jalan yang kita pilih hari ini, akan menentukan keadaan kita di masa hadapan. Memilih memang payah tetapi jadilah manusia yang bijak menilai segala sesuatu dalam semua aspek agar pilihan anda itu adalah pilihan yang tepat walaupun ianya mungkin bukan pilihan terbaik.

Apa2pun, buat yang terbaik dalam hidup dan jangan biar mereka-mereka yang pernah menyakiti kita cuba menyakiti tuk kali kedua dan seterusnya.. Anggaplah pengalaman yang lalu sebagai pengajaran agar anda mampu berdiri teguh, memperbaiki diri serta menghargai orang dengan lebih lagi.

Pengalaman pahit dimasa lalu tidak seharusnya dijadikan alasan untuk anda mengubah persepsi anda terhadap orang lain ataupun berubah sikap, tetapi haruslah menjadi lebih baik dari yang sebelumnya.. … God bless you….

Author,

Jeff

Tuesday, June 17th, 2008

Jalan yang kita pilih hari ini, akan menentukan keadaan kita di masa hadapan. Memilih memang payah tetapi jadilah manusia yang bijak menilai segala sesuatu dalam semua aspek agar pilihan anda itu adalah pilihan yang tepat walaupun ianya mungkin bukan pilihan terbaik.

Apa2pun, buat yang terbaik dalam hidup dan jangan biar mereka-mereka yang pernah menyakiti kita cuba menyakiti tuk kali kedua dan seterusnya.. Anggaplah pengalaman yang lalu sebagai pengajaran agar anda mampu berdiri teguh, memperbaiki diri serta menghargai orang dengan lebih lagi.

Pengalaman pahit dimasa lalu tidak seharusnya dijadikan alasan untuk anda mengubah persepsi anda terhadap orang lain ataupun berubah sikap, tetapi haruslah menjadi lebih baik dari yang sebelumnya.. … God bless you….

Dipenghujungnya

Monday, June 9th, 2008

Ketika aku meneruskan langkah lemah ini,

Aku ingin sahaja menamatkannya,

Ingin sahaja aku lepas dan melupakan segala,

Terasa pedih nekad mematikan degupan ini.

Tatkala aku mula kenal putus asa,

Bilamana aku ingin sahaja berhenti berharap,

Dia bertandang tanpa diundang,

Hati diusik digamit rasa.

Waktu berganti hari,

Hari berganti minggu,

Minggu berganti bulan,

Dia terus berjaya mencengkam hati ini.

Dia membuat aku lupa akan segala,

Segala pedih yang beraja dihati,

Pedih umpama racun yang perlahan mematikan,

Aku kembali gagah telusuri perjalanan ini.

Cahaya harapan menyinari setiap ruang hidupku,

Aku kembali bangkit tuk meneruskan hati yang sisa ini,

Dia buat aku terpaku hilang seribu satu sakit dihati,

Tanpa menghirau beban yang pernah dilalu.

Bila sahaja kujauh darinya,

Rindu mencengkam umpama tiada penawarnya

Penawar itu jauh di sana,

Kuberlari mendapatkannya kerana takut kehilangannya.

Bulan-bulan yang dilalui,

disulam suka dan duka,

Namun hati ini tabah kerana percaya,

Walau suram perlahan menguasai sirna.

Tiba saatnya sekali lagi aku terdampar hampa,

Hari bahagiaku diragut dirampas hina,

Buat aku terpinga melolong sengsara,

Hingga aku tidak mampu bersuara.

Aku kembali sebatang kara,

Musnah segala harapan yang dibina,

Tangisan terus menerus mengusik jiwa,

Rayuan tak diendah derita kembali beraja.

Aku mendongak kelangit,

Membawa segala doa kesyukuranku,

Bersyukur kerana aku pulih kembali,

Terlalu cepat payah untuk dimengerti.

Terima kasih Tuhan,

Hanya Kau peneman yang faham,

Faham apa yang sudah aku jalani,

Tanpa kompromi Engkau disampingku.

Aku kembali mendapat kekuatan,

Kekuatan yang hanya boleh kudapat dariNya ,

Aku doakan agar apa yang si dia lalui saat ini,

Dia akan senantiasa bahagia, dilindungi dan diberkati.

Aku hanya mahu dia tahu,

Walau apapun yang pernah dilakar lalui bersama,

Akan kupeluk simpan erat,

Disatu ruang dalam hati ini,

Tersangat istimewa.

Tiada rasa dendam atau marah,

Segala yang salah dimaaf,

Kerana aku belajar untuk pasrah,

Menerima erti sebuah kehidupan,

Kehidupan yang entah cahaya entah suram dipenghujungnya.

Author,

Jeff