Archive for May, 2008

FESTIVAL OF PRAISE 2008

Thursday, May 8th, 2008

[Festival+of+prase%5B1%5D_psd.jpg]

Shalom dan salam damai buat saudara seiman dalam Yesus Kristus.. Ini adalah pemberitahuan awal bahawa Pada 7 June 2008 (Sabtu) akan diadakan konsert live recording bertempat di Dewan Maksak, Likas, Kota Kinabalu. Konsert akan bermula seawal 7 petang dan dijangka tamat pada jam 9.30 malam.

Mengekspresikan kekayaan dan keunggulan seni rohani kepada Allah melalui muzik adalah tema konsert tahun ini yang mana kami akan menyampaikan sekurang-kurangnya 17 buah lagu baru. Untuk pengetahuan saudara saudari, hos pada tahun ini adalah dari Gereja Sidang Injil Borneo (SIB). Namun, konsert ini merupakan event "interchurches" iaitu gabungan antara gereja-gereja di Sabah seperti Basel Christian Church of Malaysia (BCCM), Pentacostal Church of Sabah (PCS), Calvary, Gereja Baptis Pelita Cahaya Sabah (GBPCS) dan lain-lain. Makanya, konsert ini terbuka kepada semua gereja-gereja dari pelbagai dinominasi yang terdapat di Sabah, malah dari Sarawak, Brunei atau Semenanjung Malaysia jika ada.

Untuk pengetahuan saudara saudari seiman juga, pada 5 June 2008 akan diadakan Kebaktian Kebangunan Rohani (KKR) bertempat di SIB Likas, Kota Kinabalu.

6 June 2008 pula merupakan Seminar dan Bengkel Pujian dan Penyembahan yang merangkumi; pemimpin pujian, pemuzik, penari rebana/tarian kreatif. Pada malamnya pula akan juga diadakan Kebaktian Kebangunan Rohani (KKR). Seminar dan Bengkel Pujian dan Penyembahan serta KKR tersebut akan berlangsung di SIB Likas Kota Kinabalu. Saya mendorong anda menyertai seminar dan bengkel pujian dan penyembahan ini agar kita dapat pelajari sesuatu yang baru atau refresh pelajaran yang pernah kita terima dahulu yang seterusnya dapat memperbaiki skil pujian dan penyembahan dalam gereja kita masing-masing demi kemuliaan Tuhan kita.

Sepanjang hari pada 7 June 2008 tidak akan diadakan apa-apa acara kerana memberi ruang untuk persediaan konsert pada malam tersebut.

Sekiranya anda ingin terlibat dengan Seminar dan Bengkel Pujian Penyembahan pada 6 June 2008, yuran penyertaan adalah sebanyak RM30 sahaja dan yuran ini adalah termasuk tiket konsert . Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai konsert sahaja, harga tiket adalah RM10.

Marilah sama-sama kita sertai event ini. Bersorak dan bermazmur bagi Tuhan kita Yesus Kristus kerana hanya dia Tuhan yang layak diagungkan, ditinggikan, dimazmurkan dan dimuliakan sampai hujung bumi.

Sekiranya anda ingin dapatkan tiket konsert, sila hubungi saya ditalian 019-8818357 selewat-lewatnya dalam minggu ini kerana stok tiket saya sudah semakin kurang…… Terima kasih dan Tuhan pasti akan memberkati.

PERLUKAH ATAU AKU TIDAK PATUT……

Thursday, May 8th, 2008

Aku sebenarnya masih tercari-cari apa sebenarnya yang perlu aku kejar dalam hidup. Diakui bahawa aku adalah manusia yang terlalu menjaga perasaan orang lain sehingga pada satu ketika mengorbankan keselesaan diri, menghina diri sendiri pun ada ataupun berkompromi dengan prinsip sendiri hanya kerana ingin menjaga hati dan perasaan.

Persoalannya, perlukah semua ini aku lakukan sedangkan orang-orang itu tidak pernah untuk menjaga hati dan perasaan ini? Aku seringkali bertanya pada diri, kenapa perlu aku yang mengalah?. Kenapa perlu aku yang mengejar?. Kenapa perlu aku yang terhegeh-hegeh?. Sedangkan aku tidak patut berada dalam keadaan itu?. Aku layak untuk dihargai… Aku hanya ingin rasa dipedulikan, aku hanya ingin rasa kasih sayang itu semula, aku hanya ingin seseorang itu menghargai aku. Tapi perlukah aku menjadi seperti ini, hanya untuk mendapatkan keinginan aku itu?? Sekali lagi!!! aku tidak mampu menjawab persoalan aku sendiri.

Ada sesiapa di luar sana yang boleh menjawab persoalan yang telah sahabat aku tanya pada aku ini???? silakanlah… :)

Author,

Jeff

ZERO……..

Tuesday, May 6th, 2008

Alamak…..saya dah hilang idea untuk bercerita @ bermadah. Langsung tiada. Kata² indah tidak mampu saya tuturkan malah tidak ada satu perkataan pun yang bermain difikiran ini sekarang. Ke mana perginya engkau wahai madah….hahahaha…. Bah, kalau begitu nantilah saya sambung.. Perlu tenangkan fikiran lah kunun ni…. (kunun lagi tu)

Author,

Jeff

KONSERT “FESTIVAL OF PRAISE”

Friday, May 2nd, 2008

Shalom dan salam damai buat saudara seiman dalam Yesus Kristus.. Ini adalah pemberitahuan awal bahawa Pada 7 June 2008 (Sabtu) akan diadakan konsert live recording bertempat di Dewan Maksak, Likas, Kota Kinabalu. Konsert akan bermula seawal 7 petang dan dijangka tamat pada jam 9.30 malam.

Mengekspresikan kekayaan dan keunggulan seni rohani kepada Allah melalui muzik adalah tema konsert tahun ini yang mana kami akan menyampaikan sekurang-kurangnya 17 buah lagu baru. Untuk pengetahuan saudara saudari, hos pada tahun ini adalah dari Gereja Sidang Injil Borneo (SIB). Namun, konsert ini merupakan event "interchurches" iaitu gabungan antara gereja-gereja di Sabah seperti Basel Christian Church of Malaysia (BCCM), Pentacostal Church of Sabah (PCS), Calvary, Gereja Baptis Pelita Cahaya Sabah (GBPCS) dan lain-lain. Makanya, konsert ini terbuka kepada semua gereja-gereja dari pelbagai dinominasi yang terdapat di Sabah, malah dari Sarawak, Brunei atau Semenanjung Malaysia jika ada.

Untuk pengetahuan saudara saudari seiman juga, pada 5 June 2008 akan diadakan Kebaktian Kebangunan Rohani (KKR) bertempat di SIB Likas, Kota Kinabalu.

6 June 2008 pula merupakan Seminar dan Bengkel Pujian dan Penyembahan yang merangkumi; pemimpin pujian, pemuzik, penari rebana/tarian kreatif. Pada malamnya pula akan juga diadakan Kebaktian Kebangunan Rohani (KKR). Seminar dan Bengkel Pujian dan Penyembahan serta KKR tersebut akan berlangsung di SIB Likas Kota Kinabalu. Saya mendorong anda menyertai seminar dan bengkel pujian dan penyembahan ini agar kita dapat pelajari sesuatu yang baru atau refresh pelajaran yang pernah kita terima dahulu yang seterusnya dapat memperbaiki skil pujian dan penyembahan dalam gereja kita masing-masing demi kemuliaan Tuhan kita.

Sepanjang hari pada 7 June 2008 tidak akan diadakan apa-apa acara kerana memberi ruang untuk persediaan konsert pada malam tersebut.

Sekiranya anda ingin terlibat dengan Seminar dan Bengkel Pujian Penyembahan pada 6 June 2008, yuran penyertaan adalah sebanyak RM30 sahaja dan yuran ini adalah termasuk tiket konsert . Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai konsert sahaja, harga tiket adalah RM10.

Marilah sama-sama kita sertai event ini. Bersorak dan bermazmur bagi Tuhan kita Yesus Kristus kerana hanya dia Tuhan yang layak diagungkan, ditinggikan, dimazmurkan dan dimuliakan sampai hujung bumi.

Sekiranya anda ingin dapatkan tiket konsert, sila hubungi saya ditalian 019-8818357 selewat-lewatnya dalam minggu ini kerana stok tiket saya sudah semakin kurang…… Terima kasih dan Tuhan pasti akan memberkati.

[204884136_a0a4adbf71.jpg]