Kehidupan
Monday, March 24th, 2008Hari ini sudah 25 Mac 2008. Less than a month will be my 26th birthday. Sigh…. Aku masih dahagakan pencapaian dan kejayaan. Ah!! bukan ini yang patut aku ceritakan pada pagi ini.
Tadi aku terjaga sekitar jam 2 pagi dan tangisan yang tiba-tiba menemani subuhku. Cuba anda bayangkan tangisan yang tak tertahankan…(tengah bayangkanlah ni…)
Kehidupan??. Skop ini luas sangat but I will try.. Yelah, sejak dua menjak ni penulisan aku sering berkisarkan hati dan perasaan dan sememangnnya ia adalah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan dari hidup manusiawi kita.
Soal hati dan perasaan, kewangan dan perbelanjaan, masalah peribadi seperti keluarga dan masalah sekitarnya, perhubungan persahabatan dan teman-teman sekerja, pelajaran dan pekerjaan adalah beberapa perkara yang sering memenuhi ruang-ruang kosong kehidupan kita sehari-hari. Tidak dinafikan pakaian yang hendak dipakai pun boleh menjadi kerisauan yang amat besar sebenarnya.
Tanpa kita sedari, perkara-perkara yang disebutkan tadi sebenarnya banyak mendewasakan kita hari demi hari. Melalui cara kita menangani masalah, sikap kita terhadap masalah, menerima kemenangan atau kekalahan, sedia hadapi tekanan-tekanan persekitaran yang tak terjangkakan sebenarnya banyak membantu tumbesaran kita sebagai manusia secara mental dan fizikal. Peribadi mengakui bahawa kehidupan yang adakalanya baik dan adakala disebaliknya yang banyak membantu untuk menjadi lebih dewasa berbanding usia sebenar. Tidak dinafikan bahawa persekitaran pekerjaan juga banyak membantu aku untuk jadi lebih dewasa dan senantiasa positif akan kehidupan walau pelbagai rintangan datang silih berganti. Pergaulan aku dengan pelbagai golongan manusia turut membantu lebih-lebih lagi aku sudah mendapat pekerjaan tetap sewaktu usia hampir memasuki 20 tahun hinggalah saat ini.
Ada banyak perkara yang boleh dibanggakan dan tidak kurang juga yang disesalkan Tapi itulah kita manusia dengan sifat ingin tahu yang tak pernah menipis (hahaha, wujudkah penggunaan menipis ni) senantiasa tebal. Semua pun ingin cuba dan tidak makan nasihat langsung. Sudah kena baru tahu and orang sekitar mula tuding jari. Tapi mereka telah lupa bahawa mereka juga itu manusia lemah (oops…terkena pula aku, hehe).
Peliklah manusia padahal kita adalah ciptaan terbaik dari Tuhan berbanding haiwan dan tumbuhan. Mungkin kerana diberi kemampuan berfikir yang tinggi, kepandaian yang luar biasa dan pelbagai lagi menyebabkan ada manusia yang tersangat baik, baik, sederhana baik, sederhana jahat, jahat dan tersangat jahat (haha, wujudkah katergori seumpama ini). Fikir-fikirkanlah mana satu kategori anda…..haha..
Tapi walau apapun terjadi ke atas hidup kita masing-masing, jangan sesekali give up kerana bila anda mula putus asa, kemampuan berfikir untuk menangani masalah itu akan menjadi lemah dan seterusnya hilang dan anda pun turut lenyap bersama. Be strong and ingat Tuhan selalu kerana Dia senantiasa memerhatikan kita sama ada kita sedar ataupun tidak.
Author,
Jeff